KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024.
RUU itu, yang bertujuan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber, diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Terdahulu, Gobind ketika menggulung perbahasan berkata pelaksanaan RUU itu dapat membantu kerajaan memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan fungsi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) dalam menangani insiden keselamatan siber.
Beliau berkata RUU itu sangat penting kerana CNII merangkumi sektor kerajaan, perbankan dan kewangan, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan negara serta maklumat, komunikasi dan digital yang lazimnya menjadi sasaran serangan siber bagi melumpuhkan kerajaan.
Turut tersenarai sektor perkhidmatan jagaan kesihatan, air dan pembentungan, pengurusan sisa, tenaga, pertanian dan perladangan, perdagangan industri dan ekonomi serta sains, teknologi dan inovasi.
"Ini adalah sektor-sektor yang kita lihat menjadi sektor yang sangat penting dan sekiranya terdapat ancaman siber, sekiranya berjaya, ia boleh mendatangkan kesan yang sangat memudaratkan kepada negara.
"Jadi perlu untuk kami melihat bagaimana untuk mewujudkan satu undang-undang supaya kita boleh mengambil langkah-langkah untuk pastikan bahawa entiti-entiti (CNII) ini bersiap siaga, faham akan risiko dan bagaimana melaksanakannya," kata beliau.
Gobind turut memaklumkan RUU itu akan menggunakan pendekatan berasaskan penilaian risiko dan menentukan kawalan perlindungan terhadap sebarang teknologi yang akan digunakan kelak.
"Sememangnya (teknologi) blok rantai memberi keupayaan untuk mengesahkan rekod, data dan transaksi namun wujud ancaman keselamatan siber dalam teknologi itu.
"Jadi kita kena berhati-hati," katanya.
RUU itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Mac lepas.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo. - Bernama
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan Malaysia belasah Oman 10-2
Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.
PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH
BN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Sabah tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan PH.
AWANI Borneo [21/05/2024] – Pasca mesyuarat Kabinet | Kebakaran terkawal | Tiada pemindahan
Awani Borneo Selasa, 21 Mei 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
Guru besar, kontraktor didakwa tuntut bayaran guna dokumen palsu
Seorang guru besar di Pitas berhadapan lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran.
Pertembungan air pasang & hujan lebat punca baram dinaiki air
Pertembungan air pasang besar dan hujan lebat berterusan menjadi punca Kampung Long Bemang di kawasan Baram, Sarawak dinaiki air sejak Isnin.
Guru besar & kontraktor berdepan empat pertuduhan
Seorang guru besar dan seorang kontraktor dihadapkan di mahkamah khas rasuah Kota Kinabalu pada Selasa atas dakwaan menuntut pembayaran dengan mengemukakan dokumen palsu di salah sebuah sekolah rendah di Sabah.
Autonomi pendidikan mampu atasi kekurangan guru di Sarawak
Langkah serius Sarawak untuk menuntut hak daripada kerajaan persekutuan khususnya dalam autonomi pendidikan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mampu mengatasi masalah kekurangan guru.
Sesi persekolahan tidak terjejas, situasi dikawal bomba
Operasi dan aktiviti sekolah yang tidak jauh daripada kebakaran hutan di Bukit Sim-Sim, Sandakan berjalan seperti biasa kerana kebakaran yang dilaporkan berlaku sejak Sabtu lalu terkawal.
Penantian bermakna, beri keselesaan buat keluarga - Penerima
Penerima rumah SMJ yang merupakan ibu tunggal, Chong Kui Kyau gembira menerima rumah tersebut dan menyifatkan rumah miliknya kini sangat bermakna.
Kerjasama dengan LPPB, KTI sasar RM48 juta
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan pelancaran prospektus tawaran awam (IPO) KTI Landmark Berhad yang menyasarkan peningkatan kepada RM48 juta menerusi penyenaraiannya di pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha
Rang undang-undang itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Penggubalan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir - Azalina
Berdasarkan prinsip layanan salingan, layanan sama diharapkan akan diberikan kepada Malaysia oleh negara asing.
Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape
Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
Dewan Rakyat lulus RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023
Rang undang-undang (RUU) bagi menggubal akta mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga diluluskan persidangan Dewan Rakyat hari ini.